Dafomin 500mg
penyelesaian masaalah Buasir Anda
Buasir masalah kebanyakan kaum lelaki
Jangan malu2, pesan dari kami Defomin 500 .
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.UBAT UNTUK BUASIR
Dafomin 500 mg
Kandungan
Micronized flavonoidic fraction 500 mg ( bersamaan pd diosmin 450 mg , hesperidin 50 mg)
Petunjuk
Kekurangan vena kronik organik & fungsi anggota badan yang lebih rendah (contohnya sakit, kaki berat atau kekejangan pada waktu malam). Buasir & hemoroid serangan akut.
Kuanti Makan Ubat
Bila hemoroid menyerang 6 tab / hari untuk 4 hari pertama, kemudian 4 tab / hari selama 3 hari, 2 tab selepas itu.
| |||||||||||||||||||||
No comments:
Post a Comment